Tuesday, December 23, 2008

LATAR BELAKANG SRI AL MUNAWWARAH

Tanggal 2 Ogos 1998, tercatat satu sejarah penting yang amat bermakna buat masyarakat Durian Tunggal apabila secara rasminya Sekolah Rendah Islam Al-Munawwarah telah dibina hasil kutipan derma dan sumbangan masyarakat yang perihatin. Majlis perasmian upacara pecah tanah telah disempurnakan oleh Ustaz Jalaludin bin Wahid, seorang ulama terkenal di Negeri Melaka tepat jam 3.20 petang pada tarikh yang sama.

Sekolah Rendah Islam Al-Munawwarah telah dibina hasil kesedaran orang ramai tentang peri pentingnya satu sistem pendidikan Islam yang berterusan bagi meneruskan kesinambungan pendidikan Pra Sekolah seperti Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dan Taman Asuhan kanak-kanak Islam (TASKI).

Dalam fasa Pertama, sebuah blok telah dibangunkan yang terdiri daripada 4 buah bilik darjah, sebuah pejabat dan sebuah bilik guru dengan anggaran kos RM 23 ribu.

SRI Al Munawwarah telah diasaskan penubuhannya oleh beberapa anggota masyarakat yang perihatin tentang peri pentingnya mewujudkan satu sistem pendidikan alternatif yang berorientasikan konsep kefahaman islam yang sebenar. Kefahaman yang mantap terhadap asas-asas islam adalah amat penting sebagai benteng yang dapat melindungi anak-anak pelajar dari terpengaruh dengan budaya sekularisme dan hedonisme yang boleh menggugat keislaman dan keimanan seseorang dalam mengharungi dunia global yang penuh dengan mehnah dan tribulasi.

SRI Al Munawwarah yang telah mula beroperasi sejak Januari tahun 1999 telah melakukan pengambilan pertamanya seramai 18 orang murid dengan kekuatan 4 orang tenaga pengajar yang terlatih.

Dalam Fasa Kedua, sebuah blok lagi telah didirikan yang terdiri daripada 3 bilik darjah ( yang kini dijadikan sebuah kelas, sebuah perpustakaan dan sebuah bilik mesyuarat). Sebuah bilik telah diubahsuai menjadi rumah guru. Tidak lama kemudian, sebuah dewan juga telah berjaya dibina dengan kos RM 30 ribu. Jumlah kos pembinaan keseluruhan mencecah RM 100 ribu.

SRI Al Munawwarah telah menetapkan Visi dan Misi yang perlu dicapai bagi memastikan hasrat membina jatiditi Muslim yang mempunyai kefahaman islam yang benar-benar mantap dapat direalisasikan dengan jayanya. Antara Visi dan Misi SRI Al Munawwarah ialah seperti berikut :

VISI

Mewujudkan sebuah sekolah rendah islam yang dinamik dan berkesan kearah melahirkan kader-kader islam yang bertaqwa, berakhlak mulia dan berkeperibadian unggul.

MISI

Melahirkan Generasi Pelajar Yang Berilmu, Beramal dan Berjihad

Mewujudkan suasana pendidikan Islam yang berkesan sebagai kesinambungan kepada wadah pendidikan pra sekolah islam yang sedia ada.

Mewujudkan bi’ah solehah di dalam masyarakat.

.

SRI AL MUNAWWARAH MENAWARKAN DUA TAHAP PENDIDIKAN


Tahap Pertama

  • Tahun satu hingga tahun tiga.
  • Bagi pelajar berumur tujuh hingga sembilan tahun.


Tahap Kedua

  • Tahun empat hingga tahun enam.
  • Bagi Pelajar berumur 10 hingga 12 tahun.


# Pelajar tahun 5 akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSRi) manakala pelajar tahun 6 akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR).

# Pelajar yang cemerlang dalam UPSRi dan USPR akan berpeluang untuk melanjutkan pelajarannya ke mana-mana Sekolah Agama Berasrama Penuh dibawah Kementerian Pelajaran termasuk ma'ahad tahfiz.



Antara subjek yang diajar di SRI Al Munawwarah ialah :-

  1. Al Quran
  2. Aqidah
  3. Fekah
  4. Akhlak
  5. Sirah
  6. Tafsir/Hadis
  7. Komputer
  8. Bahasa Arab
  9. Bahasa Melayu
  10. Bahasa Inggeris
  11. Matematik
  12. Sains
  13. Tulisan Jawi
  14. Pendidikan Jasmani.

Perkhidmatan yang disediakan oleh SRI Al Munawwarah adalah seperti :-

  • Kemudahan bas sekolah bagi yang tinggal dirumah.
  • Asrama.




No comments:

Post a Comment